UPDATE: SENARAI LELONGAN TERHOT!

Auctioneer Rocky Bartolotto

SILA KLIK UNTUK DOWNLOAD:

MRazzi Property Auction Listings 9 July 2014 TERNOW!!

MRazzi Property Auction Listings 1 July 2014

MRazzi Property Auction Listings 1 July 2014 2

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Semi-D 2 Tingkat di Puncak Alam harga mula RM350,000!

2sty alam suriaUntuk dapat detail rumah ni sila hantarkan butiran peribadi seperti berikut:

Nama penuh

No kad pengenalan

No telefon

Alamat

Salinan kad pengenalan (berpalang & tandatangan)

Hantarkan ke: senarai.hartanah.lelong@gmail.com

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

6 Sebab Mengapa Urusniaga Jual Tanah Susah Nak Jadi

land-oppDalam urusan menjual tanah orang, aku sering berdepan dengan pelbagai masalah nak ‘meletupkan’ tanah tersebut. Dengan pengalaman yang tak seberapa aku cuba menceritakan sebab-sebab kenapa terjadi hal sedemikian. Nampak mudah di atas kertas tetapi hakikatnya tak semudah yang disangka. Berikut adalah sebab-sebab yang aku senaraikan di bawah:

1. Dokumen tak lengkap

Menjual tanah bukan sekadar menunjukkan geran hakmilik semata-mata. Walaupun maklumat di dalam geran adalah betul tetapi ia mesti disertakan surat niat untuk menjual sama ada melalui pemilik sendiri atau melantik peguam/ejen hartanah berdaftar/perunding/broker berpengetahuan.

2. Kaveat

Kadang-kadang si pemilik sendiri tidak menyedari yang mana tanahnya telah dikaveat oleh pihak lain sama ada keluarga terdekat dan pihak berwajib.

3. Tempoh pajakan hampir tamat

Tertakluk kepada tanah yang mempunyai pegangan jenis pajakan. Institusi kewangan tidak akan meluluskan pembiayaan jika tempoh pajakan tidak dilanjutkan.

4. Manipulasi harga

Berlaku apabila broker melantik broker sehinggakan harga dinaikkan melebihi nilai pasaran. Banyak kes berlaku di mana broker langsung tidak mengenali pemilik tanah terbabit.

5. Mempunyai pemilik yang ramai

Pembeli lebih mudah berurusan dengan seorang atau dua orang penama sahaja berbanding tanah yang mempunyai lebih 2 penama. Jika lebih dikhuatiri akan mengambil masa yang lama untuk proses tukar hakmilik.

6. Pemilik mempunyai ramai ‘pakar penasihat’

‘Pakar penasihat’ yang dimaksudkan adalah ahli keluarga terdekat, saudara mara, sahabat handai dan kenalan rapat kepada pemilik yang tahu serba-serbi tentang urusan penjualan tanah. Dengan kehadiran ramai ‘pakar penasihat’ maka pemilik akan ‘disuap’ dengan pelbagai maklumat yang meresahkan pemilik sehinggakan urusniaga terpaksa dibatalkan.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

BINA BANGLO BAJET AKAN DAPAT GELARAN JUTAWAN KURA-KURA!

kura2Sebab apa aku gelar ‘jutawan kura-kura’? Kenapa tak ‘jutawan arnab atau jutawan cipan’?

Sebab pelaburan hartanah mengambil masa yang panjang, perlahan dan membosankan tapi masyuuuk..! Kepada yang dah biasa berurusan dengan pejabat tanah, majlis perbandaran/daerah dan one stop centre (OSC) yang lain korang pun sudah maklum betapa lambatnya proses untuk memastikan hartanah tersebut menjadi hakmilik korang. Lepas tu kena jumpa perunding seperti perancang bandar, arkitek, jurukur bahan dan kontraktor untuk menterjemahkan daripada pelan kepada realiti. Dan semua itu melibatkan masa dan korang sebenarnya akan belajar secara tak langsung peringkat demi peringkat.

Selain daripada menjadi perunding hartanah, aku juga terlibat dalam kerja-kerja konsultan dan aku perhatikan masyarakat Tiong Hua yang mempunyai perniagaan bukan berkaitan hartanah telah mula menceburi bidang pemaju hartanah. Korang jangan terkejut dengan seorang pengusaha kedai aksesori kenderaan sanggup belajar aspek-aspek teknikal dan dah tahu apa itu proses tukar hakmilik, draf rancangan tempatan, proses rekabentuk bangunan, proses pembinaan dan macam-macam lagi.

Sudah.. sudahlah tu.. membebel pulak dah.. aku taknak cakap banyak lagi.. Korang download je..

>>>>>TOP SECRET<<<<<

 

Posted in Uncategorized | 2 Comments

16 UNIT LELONG MURAH BAWAH NILAI PASARAN

lelong hahahaRumah lelong setiap hari keluar. Jangan rasa kecewa kalau kalah. Tanamkan dalam minda kita supaya sentiasa ingatkan kekalahan. Ia bergantung pada rezeki. Kalau ada baguslah. Kalau takde cuba lagi. Ni ada satu lagi senarai menyusul… download dan belek-belek aje senarai yang diberi…

MRazzi Property Auction Listings 17 May 2014

Posted in Uncategorized | Leave a comment

63 UNIT RUMAH BAWAH HARGA PASARAN SELURUH NEGARA

Klik link di bawah dan kemudian download:

63 UNIT RUMAH DIJUAL SEGERA

Posted in Uncategorized | Leave a comment

LAMBAKAN RUMAH LELONG DI BAWAH HARGA PASARAN

auction3Kerja korang tak susah mana. Hanya download sahaja link yang diberikan:

MRazzi Property Auction Listings SELANGOR 29 May 2014

MRazzi Property Auction Listings KLANG VALLEY

MRazzi Property Auction Listings RAWANG

Lepas tu korang kena pergi tengok sendiri rumah tu berdasarkan alamat yang diberikan. Rumah lelong lazimnya diduduki oleh pemilik, penyewa dan kosong terbiar kadang-kadang ada Cik Han menyambut kedatangan korang.. hehehe.. lepas tu tanya jiran berdekatan (jaga tepi kain orang buat sementara waktu), pemaju dan periksa sekali peti surat sama ada kosong atau bertan-tan surat tak berambik. Bila dah betul-betul rasa nak tau detail rumah tu korang kena email/WhatsApp 01111705754 kat aku seperti berikut:

1. Nama Penuh

2. No Kad Pengenalan

3. No H/P

4. Alamat Terkini

5. Satu salinan Kad Pengenalan (depan/belakang) yang berpalang & bertandatangan

Lepas dah hantar semua butiran lengkap, aku akan emailkan Proclamation of Sale (POS) untuk rumah tu. Baca dengan teliti isi kandungan POS dan SEMAK SENDIRI tunggakan/hutang pemilik asal rumah tu seperti cukai pintu, cukai tanah, yuran penyelenggaraan, bil air, bil elektrik dan Indah Water. Nak tahu sama ada bank akan setel hutang lama 100% atau separuh kena tanya aku. Apabila dah berpuas hati korang boleh pergi sendiri ke medan lelongan kalau ada kelapangan. Kalau tak sempat boleh lantik aku tapi untuk lelongan awam ajelah. Lelongan mahkamah dan pejabat tanah kena pergi sendiri sebab wakil/ejen/ulat bulu tak dibenarkan masuk sama sekali kecuali yang mempunyai pertalian keluarga. Kalau korang tak faham jugak moh kita jumpa mengeteh.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

468 Hartanah Pelbagai Jenis Seluruh Negara Menanti Anda!

lelong websiteBulan ni sahaja dah hampir 500 hartanah dilelong kepada bakal pemilik baru. Dengan angka sebegini menandakan bahawa keadaan ekonomi negara yang masih tak menentu sekarang ini. Tetapi senario hartanah lelong berlainan sama sekali. Ramai pembeli di luar sana mempunyai kemampuan tersendiri walaupun kuasa beli sekarang dilihat menurun. Ini kerana kebanyakkan hartanah yang dilelong berada di lokasi strategik dan matang. Sebab itu pinjaman gadaijanji (mortgage) amat disukai oleh bank.

SILA KLIK LINK DI BAWAH:

MRazzi Property Auction Listings 13 May 2014

Posted in Uncategorized | Leave a comment

LELONG: TOWNHOUSE TAMAN MELATI RM350,000

2014-05-08 07.56.28Tingkat Bawah, Jalan Melati 2, Taman Melati, Kuala Lumpur

Keluasan 1292 kps

Tarikh Lelong 17 May 2014

Hubungi Razzi 0123027882 | WhatsApp 01111705754

Posted in Uncategorized | Leave a comment

LELONG SELURUH MALAYSIA

Auction ListDengan kejatuhan nilai matawang ringgit sekarang membeli rumah lelong di bawah harga pasaran adalah yang terbaik sekarang ini.

“The Right Time, The Right Place”

Sila KLIK dokumen PDF di bawah ini:

LELONG SELURUH MALAYSIA

Posted in Uncategorized | Leave a comment